Wednesday, 9 July 2014

SOALAN DAN JAWAPAN

Adakah akan timbul rasa sakit semasa melakukan akupuntur? 
Sesetengahnya timbul rasa sakit semasa jarum dicucuk, tetapi rasanya seperti digigit semut.  Kesakitan kurang dari suntikan kerana jarum suntikan tidak sehalus seperti jarum akupuntur. 
Ada orang merasakan lebih tenang atau lebih bersemangat selepas akupuntur.  Tetapi ada juga yang merasakan lebih letih selepas akupuntur kerana badannya dalam keadaan pemulihan. Semasa menjalani akupuntur anda digalakkan bertenang dan tidak bergerak selama proses akupuntur dilakukan.

Berapa lama saya harus menjalani rawatan ini? 
Bergantung pada keadaan penyakit dan badan anda. biasanya memerlukan 5 sampai 10 kali , tetapi ianya bergantung pada keadaan penyakitnya. Seperti sakit teruk atau sakit ringgan, kekerapan untuk rawatan, Namun yang paling penting adalah kerjasama antara pesakit dan pengamal akupuntur. seperti senaman yang perlu dilakukan dan makanan yang harus dijaga. 
Adakah akupuntur selamat ?
Soalan ini selalu ditanya oleh pesakit yang tidak pernah mejalani rawatan ini. Jawapan bergantung kepada kemahiran seseorang pengamal akupuntur.  Ia dikatakan selamat jika dilakukan oleh seseorang pengamal akupuntur yang berlesen atau berkelayakan dan terlatih.
Adakah jarum yang digunakan selamat ?
Bawah Akta Perubatan Tradisional & Komplementari  Kementerian Kesihatan Malaysia., semua pengamal akupuntur yang berlesen adalah dihendaki mensterilkan jarum yang digunakan untuk rawatan.  Tetapi kebanyakan jarum yang digunakan akan dibuang selepas rawatan ataupun digunakan satu kali sahaja.








Apakah kesan samping akupuntur ?
Apabila tidak dilakukan oleh pengamal akupuntur yang berkelayakan, kemungkinnan berlakunya pneumothoraks (ialah udara atau gas yang terdapat di ruang antara paru-paru dan dinding dada. ) 
Selain itu,  pastikan bahawa anda dirawat oleh pengamal akupuntur yang berlesen.
Apa yang akan berlaku bila saya dapatkan rawatan akupuntur dan apakah saya perlu lakukan sebelum rawatan?
Anda akan ditanya mengenai keadaan anda sekarang, riwayat penyakit, kebiasaan dan gaya hidup anda.  Berikut adalah tips sebelum menjalankan rawatan akupuntur :-  Jangan makan terlalu banyak sebelum dan selepas akupuntur dilakukan.  Jangan lakukan hubungan seks, minum alcohol dan senaman sekurangnya 6 jam sebelum akupuntur dilakukan.  Tidak melakukan kerja berat selepas rawatan dilakukan, terutama pada pertama kali.  Teruskan dengan rawatan perubatan lainnya semasa rawatan akupuntur dilakukan. Galakkan berfikiran positif dan laporkan setiap perubahan keadaan yang dirasakan agar pengamal akupuntur dapat menyesuaikan perkembangan rawatan.

1 comment:

  1. Slotz Casino - Mapyro
    Slotz Casino, 속초 출장마사지 located in 강릉 출장안마 Allegany, Connecticut. Casino Name, Slotz 수원 출장샵 Casino, United States of America, United 성남 출장샵 States of America. 영천 출장샵

    ReplyDelete