Wednesday, 9 July 2014

SOALAN DAN JAWAPAN

Adakah akan timbul rasa sakit semasa melakukan akupuntur? 
Sesetengahnya timbul rasa sakit semasa jarum dicucuk, tetapi rasanya seperti digigit semut.  Kesakitan kurang dari suntikan kerana jarum suntikan tidak sehalus seperti jarum akupuntur. 
Ada orang merasakan lebih tenang atau lebih bersemangat selepas akupuntur.  Tetapi ada juga yang merasakan lebih letih selepas akupuntur kerana badannya dalam keadaan pemulihan. Semasa menjalani akupuntur anda digalakkan bertenang dan tidak bergerak selama proses akupuntur dilakukan.

Berapa lama saya harus menjalani rawatan ini? 
Bergantung pada keadaan penyakit dan badan anda. biasanya memerlukan 5 sampai 10 kali , tetapi ianya bergantung pada keadaan penyakitnya. Seperti sakit teruk atau sakit ringgan, kekerapan untuk rawatan, Namun yang paling penting adalah kerjasama antara pesakit dan pengamal akupuntur. seperti senaman yang perlu dilakukan dan makanan yang harus dijaga. 
Adakah akupuntur selamat ?
Soalan ini selalu ditanya oleh pesakit yang tidak pernah mejalani rawatan ini. Jawapan bergantung kepada kemahiran seseorang pengamal akupuntur.  Ia dikatakan selamat jika dilakukan oleh seseorang pengamal akupuntur yang berlesen atau berkelayakan dan terlatih.
Adakah jarum yang digunakan selamat ?
Bawah Akta Perubatan Tradisional & Komplementari  Kementerian Kesihatan Malaysia., semua pengamal akupuntur yang berlesen adalah dihendaki mensterilkan jarum yang digunakan untuk rawatan.  Tetapi kebanyakan jarum yang digunakan akan dibuang selepas rawatan ataupun digunakan satu kali sahaja.








Apakah kesan samping akupuntur ?
Apabila tidak dilakukan oleh pengamal akupuntur yang berkelayakan, kemungkinnan berlakunya pneumothoraks (ialah udara atau gas yang terdapat di ruang antara paru-paru dan dinding dada. ) 
Selain itu,  pastikan bahawa anda dirawat oleh pengamal akupuntur yang berlesen.
Apa yang akan berlaku bila saya dapatkan rawatan akupuntur dan apakah saya perlu lakukan sebelum rawatan?
Anda akan ditanya mengenai keadaan anda sekarang, riwayat penyakit, kebiasaan dan gaya hidup anda.  Berikut adalah tips sebelum menjalankan rawatan akupuntur :-  Jangan makan terlalu banyak sebelum dan selepas akupuntur dilakukan.  Jangan lakukan hubungan seks, minum alcohol dan senaman sekurangnya 6 jam sebelum akupuntur dilakukan.  Tidak melakukan kerja berat selepas rawatan dilakukan, terutama pada pertama kali.  Teruskan dengan rawatan perubatan lainnya semasa rawatan akupuntur dilakukan. Galakkan berfikiran positif dan laporkan setiap perubahan keadaan yang dirasakan agar pengamal akupuntur dapat menyesuaikan perkembangan rawatan.

Monday, 30 June 2014

Rawatan Akupuntur

Sejarah Akupuntur
Akupuntur telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu sebagai sebahagian dari rawatan perubatan.  Melalui kajian dan percubaan yang panjang, akhirnya akupuntur dikenali oleh dunia kedokteran dan merupakan sebahagian dari rawatan alternative dan pelengkap dalam tindakan perubatan.  Akupuntur adalah sebagian dari Perubatan Tradisional Cina yang telah wujud sejak ribuan tahun.  Dari pandangan Perubatan Tradisional Cina, tubuh badan yang sihat merupakan suatu keadaan keseimbangan sempurna antara Yin dan Yang.  Yin mewakili aspek pasif, lambat dan sejuk, sedangkan Yang mewakili aspek panas, aktif dan pantas.  Sakit terjadi apabila ketidakseimbangan dari Yin dan Yang.   

Ketidakseimbangan ini akan menyebabkan terhalangnya aliran chi (energy kehidupan) yang mengalir dalam aliran yang disebut Meridians.  Perkara ini dapat dibebaskan dengan berbagai teknik, salah satunya dengan akupuntur.  Atas meridian ada titik akupuntur di badan manusia  berfungsi sebagai jalan yang berhubungan dengan organ-organ tertentut.  Akupuntur sendiri meliputi segala prosedur yang melibatkan stimulasi berbagai titik anatomi badan manusia dengan berbagai macam teknik. Teknik akupuntur yang sering digunakan adalah penggunaan  jarum solid dan halus untuk media stimulasi titik anatomi badan baik oleh tangan mahupun melalui stimulasi electrik.
Meridians
Dari segi kedokteran moden, akupuntur bekerja melalui perangsangan pada saraf sensorik di titik yang dicucuk. Perangsangan tersebut akan diteruskan hingga ke otak, akibatnya timbul berbagai tindak balas fisiologis (normal) sebagai balasannya baik di bahagian otak mahupun di organ perifer. Penelitian juga menemukan bahwa semasa melakukan akupuntur, badan akan melepaskan opioid endogen sehingga menimbulkan sensasi nyaman dan menghilangnya sakit.  Stimulasi akupuntur juga merangsang hypothalamus dan kelenjar pituary di otak sehingga timbul berbagai kesan sistemik yang luas.  Pelepasan neurohormon dan neurotransmitter juga menimbulkan perubahan regulasi aliran darah baik sentral mahupun perifer.  Walaupun kajian telah banyak dilakukan penelitian, hubungan antara titik akupuntur dengan tindak balas sistemik badan masih sukar diterangkan dengan ilmu kedoktoran moden. 
Penyakit yang sesuai untuk rawatan akupuntur 





Sekarang akupuntur telah digunakan sebagai rawatan alternative untuk mengatasi :- 
  • Gangguan saraf dan otot seperti sakit sakit pinggang dan sakit bahu, osteoarthritis (radang sendi) lutut,  sakit kepala, sakit otot, cedera akibat senaman dan bentuk sakit lainnya.  
  • Gangguan penghadaman seperti gastritis, urin acid berlebihan, cirit-birit, sembelit, mual dan muntah yang timbul selepas pembedahan, kemoterapi dan operasi bedah mulut. 
  • Gangguan penafasan seperti sinusitis, tonsillitis, sakit tenggorokan, bronchitis, asma, dan jangkitan paru berulang.
  • Gangguan menstrual dan reproduksi seperti sakit menstruasi dan masalah menopause. 
  • Pemulihan stroke atau ketagihan (menghisap rokok) dll  

Siapa yang tidak boleh buat akupuntur ? ( Kontraindikasi)
  • Wanita yang hamil tidak digalakan untuk rawatan akupuntur.
  • Tidak boleh meneruskan rawatan sekiranya terlalu kenyang ataupun terlalu kosong.
  • Wanita yang ada haid tidak digalakkan untuk rawatan ini (kecuali deperiksa oleh penggamal akupuntur bahawa badan sihat dan sesuai.)
  • Orang yang berada dalam keadaan terlalu lemah, terlalu letih atau emosi tidak stabil tidak sesuai melakukan rawatan akupuntur.

Alamat:                                                                                Waktu Perniagaan:
Spectrum Of Life Sdn Bhd                                                  Isnin - Sabtu
6th Floor, Lot 442,                                                                   9.00 pagi - 7.00 petang
Wisma Hrih Lotus,                                       
Jalan Pahang, Setapak,
53000 Kuala Lumpur, Malaysia
sharewithus@sol.com.my 
p: +603-4023 5689
f: +603-4024 5689