Akupuntur telah
dikenali sejak ribuan tahun yang lalu sebagai sebahagian dari rawatan perubatan. Melalui kajian dan percubaan yang
panjang, akhirnya akupuntur dikenali oleh dunia kedokteran dan merupakan sebahagian dari rawatan
alternative dan pelengkap dalam tindakan perubatan. Akupuntur adalah sebagian
dari Perubatan Tradisional Cina yang telah wujud sejak ribuan tahun. Dari pandangan Perubatan Tradisional Cina, tubuh
badan yang sihat merupakan suatu keadaan keseimbangan sempurna antara Yin dan
Yang. Yin mewakili aspek pasif, lambat
dan sejuk, sedangkan Yang mewakili aspek panas, aktif dan pantas. Sakit
terjadi apabila ketidakseimbangan dari Yin dan Yang.
Ketidakseimbangan ini akan menyebabkan
terhalangnya aliran chi (energy kehidupan) yang mengalir dalam aliran yang
disebut Meridians. Perkara ini dapat
dibebaskan dengan berbagai teknik, salah satunya dengan akupuntur. Atas meridian ada titik akupuntur di badan
manusia berfungsi sebagai jalan yang
berhubungan dengan organ-organ tertentut.
Akupuntur sendiri meliputi segala prosedur yang melibatkan stimulasi
berbagai titik anatomi badan manusia dengan berbagai macam teknik. Teknik
akupuntur yang sering digunakan adalah penggunaan jarum solid dan halus untuk
media stimulasi titik anatomi badan baik oleh tangan mahupun melalui stimulasi electrik.
Meridians |
Penyakit yang sesuai untuk rawatan akupuntur
Sekarang akupuntur telah digunakan sebagai rawatan alternative untuk mengatasi :-
- Gangguan saraf dan otot seperti sakit sakit pinggang dan sakit bahu, osteoarthritis (radang sendi) lutut, sakit kepala, sakit otot, cedera akibat senaman dan bentuk sakit lainnya.
- Gangguan penghadaman seperti gastritis, urin acid berlebihan, cirit-birit, sembelit, mual dan muntah yang timbul selepas pembedahan, kemoterapi dan operasi bedah mulut.
- Gangguan penafasan seperti sinusitis, tonsillitis, sakit tenggorokan, bronchitis, asma, dan jangkitan paru berulang.
- Gangguan menstrual dan reproduksi seperti sakit menstruasi dan masalah menopause.
-
Pemulihan stroke atau ketagihan (menghisap rokok) dll
Siapa yang tidak boleh buat akupuntur ? ( Kontraindikasi)
- Wanita yang hamil tidak digalakan untuk rawatan akupuntur.
- Tidak boleh meneruskan rawatan sekiranya terlalu kenyang ataupun terlalu kosong.
- Wanita yang ada haid tidak digalakkan untuk rawatan ini (kecuali deperiksa oleh penggamal akupuntur bahawa badan sihat dan sesuai.)
- Orang yang berada dalam keadaan terlalu lemah, terlalu letih atau emosi tidak stabil tidak sesuai melakukan rawatan akupuntur.
Alamat: Waktu Perniagaan:
Spectrum Of Life Sdn Bhd Isnin - Sabtu
6th Floor, Lot 442, 9.00 pagi - 7.00 petang
Wisma Hrih Lotus,
Jalan Pahang, Setapak,
53000 Kuala Lumpur, Malaysia
sharewithus@sol.com.my
p: +603-4023 5689
f: +603-4024 5689
6th Floor, Lot 442, 9.00 pagi - 7.00 petang
Wisma Hrih Lotus,
Jalan Pahang, Setapak,
53000 Kuala Lumpur, Malaysia
sharewithus@sol.com.my
p: +603-4023 5689
f: +603-4024 5689